Catatan

Surah al-Fatihah

Imej
  بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  ‎﴿١﴾ ‏   الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ  ‎﴿٢﴾‏   الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ  ‎﴿٣﴾‏   مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ  ‎﴿٤﴾‏   إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ  ‎﴿٥﴾‏   اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ  ‎﴿٦﴾‏   صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ  ‎﴿٧﴾‏ 1. Al Fatihah [1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. [3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). [5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. [6] Tunjukilah kami jalan yang lurus. [7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

5 syarikat umrah didakwa untung besar jual semula tiket penerbangan

Imej
KUALA LUMPUR: Sesetengah agensi umrah di negara ini didakwa membolot tiket penerbangan disediakan syarikat penerbangan tempatan untuk ke Tanah Suci, yang menjadi antara punca kenaikan mendadak kos mengerjakan umrah kebelakangan ini. Mendedahkan perkara itu, Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham , berkata mengikut harga semasa, tiket penerbangan umrah hanya sekitar RM2,700 hingga RM2,800 tetapi dijual semula oleh agensi terbabit sekitar RM4,800 hingga RM5,000 . "Ini satu-satunya punca  kenaikan pakej umrah  yang boleh kita (Malaysia) kawal, tetapi belum ada tindakan sewajarnya diambil untuk menyekat monopoli empat hingga lima syarikat umrah tempatan yang membolot tiket penerbangan dan menjualnya semula dengan harga lebih tinggi. "Mereka hanya membayar sekitar 10 peratus deposit untuk membeli keseluruhan tiket bagi satu penerbangan. Ini menyebabkan agensi umrah terutama yang kecil tak dapat beli terus tiket dengan s